Syarat Aqiqah Anak Lelaki Dan Aqiqah Anak Perempuan

Syarat Aqiqah Anak Lelaki Dan Aqiqah Anak Perempuan

Syarat Aqiqah Anak Lelaki Dan Perempuan

HUKUM AQIQAH

Aqiqah menurut bahasa ertinya “rambut yang tumbuh di atas kepala bayi pada kala  waktu lahirnya.” Demikian pendapat ‘Ubaid, Ashmu’i dan Zamakhsyari.

Menurut istilah hukum syarak  aqiqah ialah “penyembelihan haiwan tertentu untuk kepentingan anak, di samping mencukur atau memotong rambutnya dan diberi nama untuk anak itu.”

Aqiqah | Nabil Che Kholid

Imam Syafi’e berpendapat melaksanakan aqiqah adalah sunat muakkad. Ini bersesuaian dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud:

“Tiap-tiap anak itu tertebus (terpelihara daripada kemudaratan dan kemungkaran) dengan aqiqahnya, disembelih haiwan untuknya pada hari ketujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama”. (Maksud hadis riwayat Ahmad dan Tirmidzi)

Ibnu Al-Qayyim menegaskan bahawa aqiqah itu memelihara bayi tesebut daripada golongan syaitan dalam urusan dunia dan akhirat.

Juga sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;

Berserta anak itu ada aqiqah, maka alirkanlah darah untuknya, dan singkirkanlah sesuatu yang membahayakan daripadanya.” (Maksud hadis riwayat Tirmidzi)

Imam Malik menyatakan bahawa, hukum aqiqah ini adalah perintah yang tidak dapat diperselisihkan lagi. Imam Ibnu Qayyim pula menyabitkan aqiqah dengan nilai korban seekor kambing yang dikurniakan oleh Allah SWT sebagai ganti diri untuk Nabi Ismail AS.. Maka dengan itu, difahamkan bahawa penyembelihan aqiqah untuk anak yang dilahirkan berguna untuk melindungi bayi daripada gangguan syaitan.

Syarat Aqiqah Anak Lelaki & Aqiqah Anak Perempuan

Syarat Aqiqah Haiwan untuk perlaksanaan ibadah aqiqah perlu memenuhi syarat-syarat yang serupa dengan haiwan-haiwan untuk ibadah korban.

  1. Kibas – Satu tahun atau telah gugur gigi hadapannya sesudah ia berumur enam bulan
  2. Biri-Biri, Domba & Kambing – melebihi satu tahun apabila gugur gigi susuan / hadapannya
  3. Lembu & Kerbau – melebihi 2 tahun
  4. Unta – melebihi 5 tahun

Haiwan-haiwan ini hendaklah terdiri daripada haiwan ternak dalam keadaan tidak cacat, tidak buta, tidak bunting dan tidak terlalu kurus.

  • Yang lebih utama untuk kadar aqiqah bagi seorang anak lelaki ialah dua ekor kambing dan untuk anak perempuan seekor kambing, menurut hadis riwayat Aisyah yang maksudnya:
    “Rasullulah SAW memerintahkan kepada kami supaya menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dengan dua ekor kambing dan untuk perempuan seekor.”
  • Aqiqah dua ekor kambing bagi anak lelaki ini bukanlah merupakan suatu kemestian, kerana Rasulullah SAW telah membuat aqiqah untuk cucu Baginda SAW Saidina Hasan dan Husin RA, masing-masing seekor kibas.
  • Haiwan aqiqah seperti lembu, kerbau dan unta boleh dikongsi sehingga 7 bahagian bersamaan 7 ekor kambing.
  • Imam Malik, Asy Syafi’e, Ahmad dan jumhur ulama berpendapat, aqiqah adalah sah dengan penyembelihan haiwan empat kaki seperti unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri (sama seperti ibadah korban). Juga dibolehkan seekor unta atau seekor lembu misalnya dikongsi sehingga tujuh orang walaupun ada bahagian daripada lembu atau unta itu bukan untuk aqiqah.
  • Apabila ibu bapa itu tidak mampu membuat aqiqah anaknya, ketika berusia 7 hari, bolehlah diperbuatnya ketika umur anak 14 hari. Kemudiannya ketika umur 21 hari. Jika tidak boleh, maka sunat diperbuatnya hingga anak itu dewasa (baligh).

Apabila anak sudah dewasa, maka ada para ulama’ menetapkan sunat bagi ibu bapa membuat korbannya, tidak membuat aqiqahnya. Menurut satu golongan, jika seorang anak sudah dewasa, tetapi belum dibuat aqiqahnya oleh ibu bapanya, maka sunat baginya membuat aqiqah untuk dirinya sendiri.

Kambing Untuk Majlis Aqiqah Anak Lelaki & Perempuan

Kepada mereka di luar sana yang berniat ingin melakukan qurban kambing untuk majlis aqiqah boleh hubungi Encik Hazam Haron di talian 019 417 0864. Kambing ini adalah daripada ternakan sendiri oleh Encik Hazam dan ladang ternakan beliau berada di Baling, Kedah.

Aqiqah | Hazam9

Aqiqah | Hazam10

Selain itu juga, Encik Hazam juga menyediakan perkhidmatan seperti kambing bakar dan kambing golek.

Kambing Bakar | hazam

Kambing Bakar oleh Encik Hazam

Kambing Golek | Hazam1

Kambing Golek oleh Encik Hazam

Sekiranya anda berminat untuk berurusan dengan Encik Hazam mengenai kambing? Atau inginkan mengadakan jamuan aqiqah atau majlis-majlis lain yang memerlukan kambing bakar atau golek ? Boleh berurusan dengan beliau.

Facebookhttps://www.facebook.com/mohdhazam.haron

Call @ Whatsapp : Encik Hazam 019 417 0864 / Encik Syafiq 019 404 0834

Lihat : Kereta Sewa Kuala Lumpur

 

 

One Comment to “Syarat Aqiqah Anak Lelaki Dan Aqiqah Anak Perempuan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *