Niat Puasa Sebulan Ramadhan

Niat Puasa Sebulan Ramadhan

Niat Puasa Sebulan Ramadhan

Niat Puasa Sebulan | Nabil Che Kholid

Niat Puasa Ramadhan Serta Apakah Itu Puasa ?

Puasa secara bahasanya boleh diertikan sebagai “menahan diri”. Dari segi istilah syarak, puasa bermaksud “menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sidik sehingga terbenam matahari berserta niat”

Puasa Ramadan ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari pada bulan Ramadhan. Hukum puasa Ramadhan adalah wajib bagi umat Islam. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Hal ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur dalam diri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni dalam diri pelakunya.

Dalil wajib puasa Ramadhan

Firman Allah SWT:

“ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertakwa. “ – (Surah al-Baqarah: 183)

Hadis Rasulullah SAW:

Ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa’i dan Al Baihaqi daripada Abu Hurairah, yang bermaksud:

” Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadan bulan yang penuh berkat. Allah telah memfardukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadan itu, dibuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan.

Niat puasa Ramadan

Lafaz setiap malam. Niat ringkas:

نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku berpuasa Ramadan kerana Allah Taala.

atau

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku berpuasa esok kerana Allah Taala.

Lafaz Niat Yang Lengkap:

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku berpuasa esok hari bagi menunaikan puasa Ramadan tahun ini kerana Allah Taala.

(nawaitu sauma ghadin an ada-i fardi ramadana hazihis sanati lillahi taala)

  • Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa, malah ada niat atau cita-cita dalam hati untuk bangun sahur itu juga dikira sudah berniat untuk berpuasa kerana seseorang itu tidak bangun sahur atau bercita-cita bangun sahur melainkan bertujuan untuk berpuasa esok harinya, melainkan jika dia memang berniat tidak mahu berpuasa jika tidak terjaga semasa waktu sahur.

Menurut mazhab Syafie, Hanafi dan Hambali, bagi puasa Ramadan itu wajib diniatkan pada setiap malam sepanjang bulan tersebut; waktunya mulai terbenam matahari hinggalah sebelum terbir fajar pada malam-malam tersebut. Manakala mazhab Maliki pula menyatakan bagi puasa Ramadhan itu, memadai diniatkan sekali sahaja iaitu pada malam pertama dengan meniatkan sebulan penuh.

Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:

Lafaznya:

ﻧَﻮَﻳْﺖُ ﺻَﻮْﻡَ ﺷَﻬْﺮِ ﺭَﻣَﻀَﺎﻥَ كُلِّهِ ﻟِﻠَّﻪِ ﺗَﻌَﺎﻟَﻰ

Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadan tahun ini kerana Allah Taala.

(Nawaitu sauma syahri ramadana kullihi lillaahi ta’aalaa)

  • Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya. Umat Islam di Malaysia mengikuti pendapat Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.
  • Namun begitu, jika puasa Ramadhan terputus oleh sesuatu sebab, seperti haid, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Dengan erti kata lain, memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari puasa Ramadan yang berbaki, iaitu lafaz niatnya:
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ وَ إِلَى ءَاخِرِ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadan ini kerana Allah Taala.

Artikel Lain : Resepi Kek Batik , Resepi Udang Butter , Najib Razak dan 1mdb , Sewa Van Murah di Kl , Pakar Seo Malaysia , Ekonomi Malaysia 2018 , Biodata Dato Seri Zahid Hamidi , Syarat AqiqahTempat Menarik di Cameron Highland , Kereta Sewa Kl , Teka Teki , Resepi Sambal Udang Petai , Pakej Umrah ,