Cara Membuat Resepi Kek Batik

Cara Membuat Resepi Kek Batik

Cara Buat Resepi Kek Batik Yang Sedap

Credit : Random Rabu by www.vitdaily.com

Cara Buat Resepi Kek Batik

Kek Batik adalah sejenis pencuci mulut di Malaysia yang tidak dibakar. Kek ini dibuat dengan mencampurkan biskut Marie yang dipadamkan dengan sos coklat atau custard yang dibuat dengan telur, mentega / marjerin, susu pekat, Milo dan serbuk coklat. Resepi Kek Batik ini sesuai dihidangkan pada majlis-majlis khas.

Sejarah Asal Resepi Kek Batik

Asal-usul jenis kek ini agak tidak menentu kerana ia sama seperti ‘hedgehog slice dan kek biskut coklat Prince William terkini, walaupun dengan beberapa bahan yang berbeza. Oleh kerana Malaysia dan Brunei pernah menjadi tanah jajahan Great Britain, ia dipercayai kek batik ini telah diperkenalkan oleh British. Di Brunei, kek Batik mereka dihiasi dengan topping berwarna hijau.

Cara Membuat Kek Batik Ini Lebih Sedap

Bahan-bahan:

200gm millo

250gm butter/marjerin

3 sudu makan serbuk koko

1 tin kecil susu pekat manis – boleh kurangkan jika tidak mahu terlalu manis

Biskut marie secukupnya

Resepi Kek Batik | Nabil Che Kholid

Cara-cara menyediakan:

Cairkan marjerin dalam kuali atas api yang kecil. Setelah cair masukkan susu,milo sedikit demi sedikit dan kacau sehingga hancur.

Kemudian masukkan serbuk koko. Kacau tanpa henti sehingga halus dan tidak berketul. Setelah pekat ,padamkan api.

Susun biskut marie di dalam loyang (lapik dengan plastik agar mudah dikeluarkan setelah sejuk).

Lapis dengan adunan coklat, susu biskut marie, sendukkan adunan coklat.Ulang langkah ini selapis demi selapis sehingga habis.

Siap dan biarkan semalaman. Potong dan hidangkan.

Kek Batik ini teramatlah manis. Saya sarankan bila nak hidangkan kek batik ini, pastikan meminum air yang tidak manis atau pun air kosong sahaja. Percayalah. Memang manis. Kek Batik ini juga sesuai dihidangkan sebagai pencuci mulut, minum petang ataupun pada majlis-majlis khas seperti kenduri dan pada jamuan hari raya.

Post: Biodata Dato Sri Zahid Hamidi

Post: Syarat Aqiqah Anak Lelaki dan Perempuan

Post: Kereta Sewa Kl

Post: Tempat Menarik Di Cameron Highland

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *