Bacaan Doa Qunut Subuh Rumi Serta Masksud

Bacaan Doa Qunut Subuh Rumi Serta Masksud

Bacaan Doa Qunut Subuh Rumi

اَللّٰهُمَّ اهْدِنِىْ فِيْمَنْ هَدَيْتَ, وَعَافِنِي فِيْمَنْ عَافَيْتَ, وَتَوَلَّنِىْ فِيْمَنْ تَوَلَّيْتَ, وَبَارِكْ لِىْ فِيْمَا اَعْطَيْتَ, وَقِنِيْ شَرَّمَا قََضَيْتَ، فَإِنَّكَ تَقْضِىْ وَلاَ يُقْضَى عَلَيْكَ, وَإِ نَّهُ لاَ يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ, وَلاَ يَعِزُّ مَنْ عَادَيَْتَ, تَبَارَكْت رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ, فَلَكَ الْحَمْدُ عَلَى مَا قَضَيْتَ, أَسْتَغْفِرُكَ وَاَتُوْبُ اِلَيْكَ وَصَلَّى اللّ عَلَى سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ اْلاُمِّيِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّم

“Allaahumahdinii fiiman hadait, Wa aafinii fiiman aafait, Watawallani fiimantawallait, Wabaariklii fiimaaa toit, Waqini birahmatika syaramaa qadhait, Fainnakataqdhi walayuqdha alaik, Wainnahu layadzillu manwalait, Walaya idzuman aadait, Tabarak tarabannaa wata aalait, Falakal hamdu alamaa qadhait, Astagfiruka wa atuubu ilaik, Washallalloohu ala sayyidinaa muhammadin nabiyyil ummiyyi wa ala aalihi washahbihi wabaarik wasallam”

Bacaan Doa Qunut Subuh

Maksud Doa Qunut Subuh Rumi

“Ya Allah, tunjukkan aku sebagaimana mereka yang telah Engkau tunjukkan” “Berikan kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesihatan” “Dan peliharalah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau peliharakan” “Berikanlah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan” “Dan selamatkan aku dari bahaya yang telah Engkau tentukan” “Maka sesungguhnya, Engjau yang menghukum dan bukannya yang kena hukum” “Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Enkau pimpin” “Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi” “Maha suci Engkau wahai tuhan kami dan Maha Tinggi” “Maka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau hukumkan” “Aku memohon ampun dari-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu” “Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhamad dan keluarganya”

Semoga ianya bermanfaat kepada semua dan dapat melancarkan bacaan doa qunut sekalian. InsyaAllah. Sekiranya anda rasa artikel ini membantu anda dalam bacaan anda, kongsilah kepada rakan-rakan anda yang lain supaya mendapat keberkatan dan rahmat daripa Allah S.W.T

Hukum Membaca Doa Qunut Subuh Ketika Sembahyang

Solat Sah Walaupun Tidak Baca Doa Qunut

Isu doa qunut adalah isu kecil sahaja, namun segelintir umat Islam memperbesarkannya. Doa qunut adalah sunnah Nabi SAW dan meninggalkannya juga adalah sunnah baginda. Orang yang bertengkar, mengutuk dan bermasam muka sebenarnya tidak mengikut sunnah Nabi SAW.

Ulama silam telah membahaskan secara panjang lebar tentang isu-isu kecil ini, contohnya doa qunut. Hasilnya para ulama dalam mazhab Syafie berpendapat bahawa doa qunut adalah sunat, tetapi pandangan ulama dalam mazhab lain tidak sebegitu. Mereka berbeza pendapat dalam suasana harmoni.

Maka solat sah dengan doa qunut dan tanpanya. Sikap mengikut sunnah adalah baik dan mulia, namun ia tidaklah sempit sebegitu. Sunnah Nabi adalah rujukan dan ia terdedah kepada tafsiran. Maka sikap berlapang dada dan bertoleransi adalah sifat yang paling baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *